Ramai menyangka serangan jantung hanya berlakuk kepada hanya orang tua sahaja, walhal situasi kini tidak mengambarkan begitu lagi, Sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda hingga menyebabkan kematian mengejut, misalnya, berita kematian pelakon popular, Mohd. Faisal Yusup, 33 yang dipercayai diserang sakit jantung malah ada kes menunjukan ianya telah menyerang sejak berusia 18 tahun lagi.
Memandangkan sangkaan mereka masih muda kebanyakan tidak menyedari bahawa mereka mungkin penghidap sakit jantung kerana belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang menghidap penyakit ini.
Kebanyakan pesakit mungkin dengan secara tiba-tiba diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas, sakit dada atau debaran jantung. Ada di antara mereka berjaya diselamatkan dengan bantuan rawatan perubatan dan ada dalam kalangan mereka maut untuk serangan pertama.
Berdasarkan petikan Utusan Online 9 Jan 2011, melaporkan kajian Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Ahmad Syadi Mahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.
Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.
Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.
Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.
Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.
Jagadiri Dotcom mencadangkan penggunaan Livextra dan amalan hidup sihat dapat mencegah terjadinya serangan jantung. Sila baca artikel seterusnya untuk memahami bagaimana Livextra dapat membantu mencegah serangan jantung.
Semoga informasi ini berguna kepada anda
Amran Md Said
amran@jagadiri.com
1 ulasan:
Sy bagai ada simptom sakit jantung...mak sy ada sakit jangtung, darah tinggi dan kencing manis...meninggal kerana brain dan lung canser...Sekarang sy kerap lenguh sebelah badan kiri, dari bahu smpai ke pinggang..kadang kala menarik rahang sy..
Sy ada ke klinik panel, doktor hnya kata, saraf..sbb sy tidak berbadan gemuk dan masih muda...apakah simptom paling awal jika sesorg itu ada penyakit jantung?
Catat Ulasan