Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Pernahkan kita servis jantung kita?



Jantung mengawal seluruh sistem peredarah darah kita ....

Untuk menjadi cergas dan menepati tugas mengepam tanpa henti, jantung kita perlu

* Berdegup sebanyak 70 kali seminit, 100,000 kali sehari
* Mengangkut 7200 liter darah sehari




Kita menghantar kereta untuk dibaiki dan servis secara berkala, tetapi sejauh manakah kita mengambil berat tentang `enjin` kita yang satu-satunya ini untuk meneruskan hayat kita? Fikirkanlah!

Testimoni

Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Semoga informasi ini berguna kepada anda

Amran Md Said
amran@jagadiri.com

Faktor Risiko Serangan Jantung

Menurut pakar, berdasarkan kajian individu berikut mempunyai risiko terhadap serangan jantung;

1. Merokok
- asap rokok mengandungi 4,000 bahan toksik
- setiap hisapan asap rokok menghasilkan 10 trilion radikal bebas.
2. Tidak aktif secara fizikal
- risiko bagi orang banyak duduk menghadapi penyakit kardiovaskular adalah 2 kali lebih mudah berbanding orang yang aktif.
3. Umur
- arteri kita mula mengumpul kolestrol sejak kita berumur 10 tahun
- setiap tahun, purata sebanyak 1% lemak akan terkumpul di dalam saluran darah kita.
4. Tekanan
- individu yang agresif atau yang peka terhadap masa lebih cenderung mengidap lemah jantng
- ketakutan, kerisauan, kemurungan dan tekanan boleh menyebabkan saluran darah mengecut.
5. Makanan segera & makanan terproses
- 2 jam selepas makan makanan segera, sesorang yang sihat dengan fungsi endotelial tanpa risiko aterosklerosis mengalami peningkatan paras lemak darah dan fungsi endotelial mereka merosot sebanyak 50%.
6. Diabetes
- gula darah meningkatkan kelikatan darah
- gula darah yang berlebihan boleh merosakkan dinding saluran darah
7. Sejarah keluarga
- faktor yang paling berpengaruh bagi penyakit jantung ialah mempunyai sejarah keluarga serangan jantung atau strok pada usia muda.
8. Obesiti
- 1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia obes
- obesiti pada bahagian abdomen meningkatkan risiko diabetes dan paras kolestrol tinggi yang boleh menyebabkan aterosklerosis.
9. Hipertensi
- 33% atau 2.6 juta warga Malaysia dewasa berumur 30 tahun atau lebih menghadapi hipertensi.
10.Paras kolestrol yang tinggi
- kolesterol berkumpul di dinding arteri. Dalam jangka panjang, pengumpulan ini menyebabkan arteri menjadi keras dan sempit.

Semakin banyak gabungan risiko di atas, maka semakin tinggi seseorang akan menghidap serangan jantung.

Semoga informasi ini berguna kepada anda

Amran Md Said
amran@jagadiri.com