Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Pernahkan kita servis jantung kita?



Jantung mengawal seluruh sistem peredarah darah kita ....

Untuk menjadi cergas dan menepati tugas mengepam tanpa henti, jantung kita perlu

* Berdegup sebanyak 70 kali seminit, 100,000 kali sehari
* Mengangkut 7200 liter darah sehari




Kita menghantar kereta untuk dibaiki dan servis secara berkala, tetapi sejauh manakah kita mengambil berat tentang `enjin` kita yang satu-satunya ini untuk meneruskan hayat kita? Fikirkanlah!

Testimoni

Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Semoga informasi ini berguna kepada anda

Amran Md Said
amran@jagadiri.com

Faktor Risiko Serangan Jantung

Menurut pakar, berdasarkan kajian individu berikut mempunyai risiko terhadap serangan jantung;

1. Merokok
- asap rokok mengandungi 4,000 bahan toksik
- setiap hisapan asap rokok menghasilkan 10 trilion radikal bebas.
2. Tidak aktif secara fizikal
- risiko bagi orang banyak duduk menghadapi penyakit kardiovaskular adalah 2 kali lebih mudah berbanding orang yang aktif.
3. Umur
- arteri kita mula mengumpul kolestrol sejak kita berumur 10 tahun
- setiap tahun, purata sebanyak 1% lemak akan terkumpul di dalam saluran darah kita.
4. Tekanan
- individu yang agresif atau yang peka terhadap masa lebih cenderung mengidap lemah jantng
- ketakutan, kerisauan, kemurungan dan tekanan boleh menyebabkan saluran darah mengecut.
5. Makanan segera & makanan terproses
- 2 jam selepas makan makanan segera, sesorang yang sihat dengan fungsi endotelial tanpa risiko aterosklerosis mengalami peningkatan paras lemak darah dan fungsi endotelial mereka merosot sebanyak 50%.
6. Diabetes
- gula darah meningkatkan kelikatan darah
- gula darah yang berlebihan boleh merosakkan dinding saluran darah
7. Sejarah keluarga
- faktor yang paling berpengaruh bagi penyakit jantung ialah mempunyai sejarah keluarga serangan jantung atau strok pada usia muda.
8. Obesiti
- 1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia obes
- obesiti pada bahagian abdomen meningkatkan risiko diabetes dan paras kolestrol tinggi yang boleh menyebabkan aterosklerosis.
9. Hipertensi
- 33% atau 2.6 juta warga Malaysia dewasa berumur 30 tahun atau lebih menghadapi hipertensi.
10.Paras kolestrol yang tinggi
- kolesterol berkumpul di dinding arteri. Dalam jangka panjang, pengumpulan ini menyebabkan arteri menjadi keras dan sempit.

Semakin banyak gabungan risiko di atas, maka semakin tinggi seseorang akan menghidap serangan jantung.

Semoga informasi ini berguna kepada anda

Amran Md Said
amran@jagadiri.com

Kolesterol

Kolestrol yang selalu dibincangkan berkenaan serangan jantung terdapat 2 jenis iaitu LDL (Low Density Lipoprotein) dan HDL (High Density Protein)

LDL sering ditaksirkan sebagai kolesterol jahat, manakala HDL sebagai kolestrol baik. Berdasarkan kajian kandungan kolestrol yang tinggi di dalam darah akan bertindakbalas dengan oksigen dan akan menghasilkan radikal bebas oksigen, seterusnya radikal bebas oksigen ini akan menghalang pengeluaran gas Nitrik Oksida. gas Nitrik Oksida ini dihasilkan semulajadi oleh badan untuk menjadikan salur darah mengembang dan anjal.

Kesan kandungan kolestrol yang bertindakbalas dengan oksigen ini akan menyebabkan pembentukan radikal bebas oksigen seterusnya akan menghalang pengeluaran gas Nitrik Oksida. Bila salur darah kekurangan gas Nitrik Oksida akan menyebabkan ianya menjadi kurang anjal atau kurang flesible seterusnya arteri menjadi keras.

Konsep kolestrol baik HDL akan bertindak untuk membuang LDL dari tisu dan menghantarkan kepada hati untuk dikumuhkan.
Semoga informasi ini berguna kepada anda
Amran Md Said

Amalan Meminum Air

Minumlah air yang cukup (untuk BMI normal disarankan 8 gelas sehari) untuk mencegah terjadinya penyumbatan pembuluh darah. Menurut pakar dengan minum air yang cukup dapat membantu kelancaran peredaran darah, sehingga dapat mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah. Dan pastikan air tersebut merupakan air yang bersih yang bebas daripada sebarang mineral dan pencemaran. Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari kebiasaan ini.

Ada pendapat mengatakan bahawa minum air sejuk (cool water), Memang enak dan segar minum air sejuk selepas makan, tetapi menyebabkan kesan sampingan !! kerana Air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai PENYAKIT. Maka disarankan ...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS selepas makan.


Semoga informasi ini berguna kepada anda
Amran Md Said

Maklumat lanjut atau ingin dapatkan Livextra

Sila email kepada saya

istra71@yahoo.com

Atau SMS Jantung ke 013-9217128

Wanita dan sakit jantung

Satu kajian penyelidik Universiti Oxford di UK mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko di serang sakit jantung dan diabetes.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat. Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Tetapi punggung dan paha besar tidak seharusnya memiliki masalah obes. Kerana terdapat pendapat menyatakan bahawa masalah obes boleh mengundang masalah tekanan darah tinggi, diabetes dan serangan jantung.


Semoga informasi ini berguna kepada anda
Amran Md Said