Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Wanita dan sakit jantung

Satu kajian penyelidik Universiti Oxford di UK mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko di serang sakit jantung dan diabetes.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat. Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Tetapi punggung dan paha besar tidak seharusnya memiliki masalah obes. Kerana terdapat pendapat menyatakan bahawa masalah obes boleh mengundang masalah tekanan darah tinggi, diabetes dan serangan jantung.


Semoga informasi ini berguna kepada anda
Amran Md Said

Tiada ulasan: