Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Cegah dan Rawat Sakit Jantung

JAGA BUAH PINGGANG UNTUK MELINDUNGI JANTUNG

Sebahagian serangan atau sakit jantung ada kaitan dengan kegagalan fungsi buah pinggang (ginjal ) yang mengalami sedikit kerosakan?. Malah penyakit kardiovaskular merupakan menyumbang lebih daripada 50 peratus kematian di kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik?

Mereka yang menghidap masalah kegagalan buah pinggang mempunyai 10 hingga 30 kali risiko kematian lebih tinggi akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain dibandingkan dengan golongan dewasa yang sihat. Kebiasaanya apabila fungsi buah pinggang mengalami kerosakan, risiko penyakit kardiovaskular turut bermula.

Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya. Dipercayai trend tersebut juga terjadi kepada penduduk Malaysia dan Indonesia. Kebanyakan penghidap buah pinggang langsung tidak menyedari masalah tersebut sehinggalah fungsi buah pinggang mereka merosot ke tahap kurang daripada 25 peratus berbanding keadaan normal.

Antara penyakit buah pinggang adalah
1) Batu karang, akibat pengumpulan lebihan garam atau mineral dalam urin
2) Pyelonephritis, suatu peradangan buah pinggang kerana jangkitan
3) Nephrosis, suatu keadaan yang menyebabkan buah pinggang mengeluarkan terlalu banyak protein daripada darah semasa proses petapisan buah pinggang.
4) Glomeurlonephritis, hubungan dengan radang tekak, jangkitan virus, ubat-ubatan tertentu dan sebagai akibat terkena racun atau bahan kimia toksik tertentu. Gejala umum adalah darah dalam urin, pembengkakan wajah, perubahan frekuensi buang air kecil, tekanan darah tinggi, sakit kepala melampau dan kejang-kejang
5) Polycystic Kidney Disease, penyakit ginjal yang berpunca daripada genetik.

Kebiasaannya apabila seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, mereka akan sakit teruk beberapa bulan lamanya dan mengalami anemia (pendarahan berlebihan). Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal menyingkirkan bahan kotoran mahupun menyerap bahan-bahan yang berguna.

Oleh itu pencegahan awal sakit buah pinggang menjadi lebih kronik dapat menyelamatkan jantung kita. Tanda atau gejala sakit buah pinggang?

• kesukaran buang air kecil
• kerap buang air kecil, terutama pada waktu malam
• Darah dalam urin
• Bengkak di sekitar mata
• Pembengkakan tangan dan kaki
• Sakit pinggang atau tulang belakang
• Tekanan darah tinggi
• Insomnia
• penderitaan diarrhoea
• Hilang selera makanl
• Sering sakit kepala

Apakah perkaitan sakit jantung dengan buah pinggang?.

Menurut Pakar Perunding Nefrologi, Dr S Prasad, ada perkaitan antara jantung dan buah pinggang, dan kaitan ini di namakan sindrom buah pinggang – jantung di mana pada asasnya, mencadangkan organ organ lain boleh terjejas secara akut atau kronik akibat dari penyakit akut atau kronik yang berlaku pada jantung atau buah pinggang. Jadi jika kita melindungi jantung, kita boleh melindungi buah pinggang dan jika kita melindungi buah pinggang, kita boleh melindungi jantung.

Bagaimana jantung dan buah pinggang berkait antara satu sama lain? buah pinggang juga berfungsi mengawal tekanan darah. Kerosakan fungsi buah pinggang boleh mengganggu tekanan darah. Tekanan darah tinggi juga boleh menambah kerosakan buah pinggang, selain merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

Fungsi rembesan hormon dan penyingkiran air dari badan oleh buah pinggang juga terganggu. Ini boleh menyebabkan bengkak akibat pengumpulan air. Faktor-faktor ini meningkatkan isipadu darah dan fungsi jantung menjadi lemah kerana jantung perlu mengepam darah dengan lebih banyak untuk keperluan seluruh badan. Lama kelamaan, jantung gagal berfungsi. Perkaitan penyakit jantung dan buah pinggang ini dinamakan dengan ‘pam dan tapis’ kerana jantung mengepam darah ke seluruh badan termasuk untuk kegunaan buah pinggang dan buah pinggang menapis darah. Jika pam rosak maka buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai penapis. Maka kedua-dua organ ini perlulah dijaga dengan baik.

Bagi mengelakkan pengumpulan bahan buangan terjadi, seseorang itu hendaklah mengehadkan pengambilan protein di dalam makanan kerana protein akan menghasilkan bahan buangan (seperti urea) di dalam air kencing. Pada masa yang sama, pengambilan fosfat dalam diet mestilah dikurangkan.

Dengan mengurangkan pengambilan protein untuk menghalang pengumpulan bahan buangan di dalam badan, jumlah asid amino juga akan turut berkurangan. Disamping itu kita hendaklah meminum air 8 gelas hingga 4 liter air tulin sehari. Pastikan air tulin yang bersih bebas daripada sebarang kekotoran dan pastikan tiada sebarang mineral didalamnya (termasuk air mineral) di mana jika diuji dengan TDS (Total Dissolve Soluble) dengan bacaan 0.

Kita telah mempunyai kesedaran tentang risiko penyakit kardiovaskular , maka kita seharusnya juga menjaga buah pinggang demi untuk menjaga jantung kita. Sayangi jantung kita, sayangi buah pinggang kita, jangan biarkan kesengsaraan berlaku akibat kealpaan diri kita sendiri.

Semoga informasi ini berguna kepada anda,

Amran Md Said


Tiada ulasan: