Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Strok

Adakah strok dan sakit jantung sama?. Tidak tetapi berpunca daripada masalah yang sama. Secara amnya strok dikaitkan kepada masalah kepada serangan otak di mana masalah bekalan darah beroksigen ke otak terganggu, manakala sakit jantung dikaitkan kepada serangan jantung akibat bekalan darah beroksigen ke arteri koronari terganggu.

Apa itu strok?. Strok boleh dikaitkan dengan masalah serangan otak yang terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Seperti mana yang kita tahu otak merupakan pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Jika saluran darah tersumbat lebih daripada 2 jam, maka bahagian otak yang menerima bekalan daripadanya akan mati (Harvard Medical School Family Health Guide). Anda akan mengalami strok. Secara senyap kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Menurut NASAM (Persatuan Strok Malaysia) setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia (penduduk Malaysia kini hanya 28 juta orang) mengalami masalah strok, strok boleh menyerang sesiapa pun termasuk kanak-kanak, walaubagaimanapun kebanyakan kes melibatkan orang dewasa.

Bagi mengurangkan risiko strok, kita disarankan
1. selalu memeriksa tekanan darah
2. tidak merokok dan selalu berada di kawasan bebas daripada pencemaran udara
3. tidak meminum minuman keras
4. selalu melakukan senamam secara berkala
5. kurangkan pengambilan makanan terproses dan amalkan makanan secara sihat 80% alkali dan 20% asid
6. atasi masalah berat badan
7. selalu meminum air bersih, bebas daripada sebarang mineral dan pencemaran
8. kawal paras kolestrol
9. atasi masalah kencing manis (diabetes)

Terdapat 2 jenis strok utama iaitu strok iskemia dan strok berdarah

Strok iskemia terjadi timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak. terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) sejak kita berumur 10 tahun.

Satu tanda penting ancaman strok ini ialah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya. TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak menerima darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dibuat program pencegahan dan rawatan secepat mungkin.

Manakala strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah. Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
Dipercayai bahawa tekanan darah tinggi merupakan faktor utama terjadinya strok ini, pengambilan garam yang berlebihan akan menyumbang kepada peningkatan tekanan darah.

Antara punca kepada pemasalahan ini adalah akibat daripada faktor pemakanan dan minuman serta pencemaran, saya cadangkan kita amalkan kesihatan yang baik dan selalu melakukan senaman, tambahan lagi saya mencadangkan pengambilan livextra (atasi masalah plak) dan urutan guasa (atasi tekanan darah dan peredaran darah). Mahu lebih informasi teruskan membaca dalam artikel seterusnya.

Semoga informasi ini berguna untuk anda.

Amran Md Said
amran@jagadiri.com

Tiada ulasan: