Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Cegah dan Rawat Sakit Jantung

Mati Pucuk Petanda Sakit Jantung

Mati pucuk (ED) merupakan petanda akan berlakunya serangan jantung. ED harus mendahului penyakit arteri koronari (CAD) memandangkan arteri zakar jauh lebih kecil daripada koronari, pesakit yang menghadapi masalah ED berpotensi menghadapi risiko yang amat tinggi diserang sakit jantung.

Petikan Malaysikini pada 22 oktober 2010 melaporkan hasil kajian Pusat Perubatan Universiti Malaya, Tujuh daripada 10 lelaki yang dirawat di pusat tersebut kerana sakit jantung menghadapi masalah ED, masalah ED itu dikesan enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke hospital berkenaan.

Menurut Dr. Ramesh Singh Veerah dapatan kajian selama setahun itu dijalankan melibatkan 111 lelaki yang aktif seks yang dirawat kerana serangan jantung menunjukkan 75.7% mengalami ED, malahan 24.7% daripada 81 lelaki tidak aktif seks yang tidak dimasukkan dalam kajian tersebut, turut dilaporkan mengalami ED lebih enam bulan sebelum pemerisaaan dijalankan.

ED dan penyakit arteri koronari (CAD) berkongsi banyak faktor risiko yang sama dan berkaitan rapat. Atherosclerosis - punca penyebab CAD dan ED adalah meruapakan gangguan inflamasi umum yang berlaku pada kadar yang sama di seluruh vaskular tubuh.

Saluran darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi. Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat. Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi. Dipercayai bahawa penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti. Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar. Menurut Prof Dr. Ong Teng Aik kebanyakan yang ramai orang tidak menyedari bahawa kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung, Terdapat empat tahap ereksi iaitu
  1. mati pucuk teruk,
  2. mati pucuk sederhana,
  3. ereksi separa optima, dan
  4. ereksi optima.
Zakar akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

Ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi. Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,

Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan. Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.

Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar. Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar.


semoga informasi ini berguna kepada anda


amran@jagadiri.com
http://www.jagadiri.com/